11/15/2008

::pak ku syadat...::

Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Mutu* Tok Saad engkonya patah
Lalu diikat dengan talinya getah
Bila start mutu Tok Saad naik latah
Lalu dibelah pokok jering dan pokok getah
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Dua tiga minit Tok Saad jatuh pengsan
Lalu dibawak teruih masuk ke hospital
Sampai di wad Tok Saad tak ketahuan
Cucuklah satu jarum dia panggil tok dan tokwan
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangatLalu dijual kepada Tok Saad
Tok Saad naik mutu* dia tak reti
Laju punya laju Tok Saad jatuh titi
Patahnya gigi tinggal pula gusi
Lalu Tok Saad duduk susah hati
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Kita naik mutu* kena cukup lengkap
Bila polis periksa kita boleh tunjuk jawab
Jika tak salah polis pun tak tangkap
Seumoq hidup tak kenai pintu lokap
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Kita naik mutu* kena ikut keadaan
Tak kira laki-laki dan juga perempuanJangan diikuti dalam hati perasaan
Akhirnya akhir mati tepi jalan
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Tok Saad naik mutu* dia tak paham undang-undang
Laju punya laju belaga dengan tiang
Patah kaki tangan sakit pula pinggang
Cari bomoh kampung pemasuk urat tulang
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad
Tok Saad naik muut* dia tak serik lagi
Lempaq Vespa buruk dia beli Suzuki
Naik punya laju belaga dengan lori
Kisah Tok Saad berakhir di sini
Halo mu halo mu
Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad



masa kecik2 dulu...
arwah paksu la rajin lagu ni kat iena..:(
manyak nostalgia ngan lagu ni..
penah sekali pasang ringtone lagu ni..
kawan2 lain tak penah dgr...kalo dok negeri lain mungkin tak penah dgr kan..
tapi kalo kat kedah...
oh man!..u ar so unlucky..
dis is a great folk song...
nice lyrics..with a good melodian..

Pak Ku Shadat Derita Di Rumah Usang

Oleh Adnan Jahaya KANGAR, 18 Dis (Bernama) -- Sejak dua dekad lalu, Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.


Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin.Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, hanya suara Pak Ku Shadat dari albumnya yang kendengaran menceriakan suasana majlis tertentu sedangkan beliau terlantar sepi di rumah sewanya di Kampung Kebun, Arau, dekat sini.Rumah usang tanpa sebarang perabot itu menjadi tempat tinggalnya sejak enam bulan lalu dan sesekali ada jiran yang menghantar makanan untuknya.Pak Ku Shadat, yang berasal dari Pering, Kedah, akur dengan hari-hari terakhir kehidupannya dan menerima hakikat bahawa insan seni sepertinya tidak berupaya untuk hidup mewah di penghujung usia.


Walaupun pergerakannya perlu dibantu, namun selokanya tetap menceriakan rumah kecil yang didiami bersama isterinya, Mek Ahmad, 55, yang berasal dari Pendang, Kedah.Dari raut wajah warga emas ini jelas kelihatan kemuraman hidupnya yang terselindung di sebalik keramahannya.Pak Ku Shadat pernah menerima upah antara RM50 dan RM100 untuk setiap kali persembahannya di majlis kenduri dan acara rasmi tertentu tetapi kini tidak lagi diundang menyebabkan beliau terpaksa bergantung hidup kepada simpati jiran.Air mata yang sesekali mengalir ketika menceritakan tentang kesengsaraan hidupnya sekarang, disembunyikan di sebalik wajahnya yang ceria.


Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.Selain hanya hiburan, lirik lagu-lagunya yang mengandungi kritikan sosial selain nasihat kepada orang ramai.Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail, berjanji akan berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban kehidupan Pak Ku"Dia seorang penglipurlara yang patut dihargai. Dia perlu dibantu," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper kepada Pak Ku Shadat.--
-BERNAMA

1 comment:

the pali said...

hey..me too...
i still remember those days,though i'm from perak,but..my pakcik and pak ucu,they bought this cassette juz to entertain me n my bros.
huhuhuhu...
sedihla...
ada x mp3 lagu nih?
dlu aku dk dgaq lagu vespa hj samad ni smbil dk naik buai...huhuhu...