9/24/2008

::the only APEX University in Malaysia..:)::



PUTRAJAYA : Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih sebagai Universiti Apex pertama negara perlu tersenarai antara 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang. Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menjelang 2020 pula, USM perlu mencapai kedudukan yang lebih baik iaitu antara 50 universiti terbaik dunia. Katanya pemilihan USM itu sudah dipersetujui dan diperakui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Ogos lalu selepas memenuhi tiga kriteria ditetapkan iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.
“Daripada segi pendekatan kuantitatif ia bersandarkan kepada kesediaan universiti itu untuk melalui satu perjalanan transformasi, manakala dari segi kualitatif berasaskan kepada pencapaian akademik universiti terbabit. “Kita percaya dan yakin berdasarkan penilaian terhadap USM, ia menepati toga kriteria ditetapkan, sekali gus mencapai hasrat menjadikannya setanding dengan universiti terbaik dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang,” katanya kepada sidang media mengumumkan Universiti Apex di kementeriannya disini semalam.
Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung. Universiti Apex adalah program yang dirangka untuk membantu institusi yang dipilih mencapai tahap antarabangsa dan menjadi antara terbaik di dunia yang dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.
Sembilan universiti yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex termasuk tujuh institusi pengajian tinggi awam dan dua institusi pengajian tinggi swasta. Selain USM, Universiti lain adalah Universiti malaya (UM), Universiti Kebangsaan malaysia (UKM), universiti teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti teknologi Petronas (UTP) dan Universiti tenaga Nasional (Uniten).
Sementara UKM, UM, UPM dan USM disenarai pendek oleh Jawatankuasa Penilai untuk dipilih sebagai Universiti Apex. Mohamed Khaled berkata kementerian meniliti dan menilai pencapaian USM dalam tempoh berkenaan sebelum menimbangkan untuk memilih satu lagi universiti menyertai Program Pemacuan untuk kecemerlangan (Apex). Ditanya mengapa universiti tertua iaitu UM tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Ia bukan mengenai UM atau universiti terawal, tetapi ia mengenai universiti yang dapat membantu kita mengubah sistem pengajian tinggi negara ke arah mencapai status dunia,” katanya.


PUTRAJAYA 3 SEP. – Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai universiti Apex pertama selepas mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti malaya (UM), Universiti Kebangsaan malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pemilihan itu bermakna USM kini memikul peranan penting untuk menjadi universiti terbaik dunia dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
“USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan plan transformasi,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya disini hari ini. Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.
Dibawah program itu, USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020. ditanya mengapa universiti tertua iaitu UM tidak dipilih, Khaled berkata, sejarah bukan faktor yang diberi penilaian dalam pemilihan universiti Apex. “ Ia bukan tentang mana universiti yang lebih awal ditubuhkan, ia adalah mengenai universiti mana yang boleh mencapai transformasi pengajian tinggi ke arah bertaraf dunia,” katanya.
Beliau berkata, pemilihan USM sebagai universiti Apex akan merangsang universiti-universiti lain untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan di peringkat dunia. “ ini tidak bermakna selepas USM dipilih sebagai universiti Apex, universiti lain akan ditinggalkan. Kita bukan nak letakkan ranking antara universiti ini, ketiga-tiga universiti penyelidikan yang lain juga mempunyai kekuatan sendiri,” katanya.
Mengenai autonomi urus tadbir dan peruntukan yang akan diberikan kepada USM, Khaled berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pihak unversiti. “Soal urus tadbir kewangan serta pelan pelaksanaan program Apex akan dibincangkan. Kita akan panggil mereka untuk mewujudkan pelan implementasinya. Universiti Apex akan kemukakan cadangan bajet untuk tempoh lima tahun dalam plan transformasinya. Kita akan pertimbangkan cadangan itu setiap kali bajet negara dibentangkan,” katanya. Ditanya samada lebih banyak universiti akan dipilih untuk menyertai program Apex, Khaled berkata, perkara itu akan ditentukan melalui prestasi USM.
“ Jika Usm bergerak cepat, mungkin kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan lebih banyak universiti Apex,” katanya.
---Dr.Nor Sarina Binti Ismail, MD (USM-APEX UNI.) =)---

No comments: